Sunday 8 July 2012

TUGASAN MINGGU 2: PENGGUNAAN TMK DALAM p&p

Selamat datang ke blog Raining clouds sekali lagi. Ini adalah minggu kedua. Minggu ini saya akan menerangkan tentang 4 penggunaan tmk dalam P&P pendidikan Jasmani.

i)    tutorial

ii)   penerokaan

iii)   aplikasi

iv)   komunikasi

          Pertama saya ingin  menerangkan tentang tutorial. Tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan di kawal oleh sistem. Kaedah ini  digunakan untuk di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza. Selain itu, kaedah ini juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Selain itu, mod tutorial sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif. Terdapat beberapa kelebihan untuk kaedah tutorial ini, iaitu dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Terdapat juga beberapa kekurangan dalam kaedah ini iaitu, penggunaan perisian yang tidak bermutu atau berlakunya pembaziran. Selain itu tidak produktif.



        Seterusnya saya akan menerangkan tentang  kaedah penerokaan. Kaedah penerokaan ialah kaedah yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti cd-rom, portal maklumat dan internet. Kaedah ini juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjuk cara di bawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.
Kaedah penerokaan mengfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Kaedah penerokaan sesuai digunakan  dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kaedah masa depan. Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat member kebaikan kepada pelajar dan guru. Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat member peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran di samping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru di mana ia member peluang kepada guru untuk menerapkan strategic-strategik pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.Kekurangan kaedah penerokaan ialah pelajar akan menjadi sesat atau hilang haluan dalam P&P kerana proses pencarian yang melibatkan pelbagai aspek. Kedua pelajar akan menghadapi masa pembelajaran yang lebih lama.
                
      Selain itu, kaedah aplikasi dalam pembelajaran yang berteraskan TMK digunakan sebagai mekanisme penyaluran maklumat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain. Kaedah aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintpretasi. Contohnya dalam memudahkan proses nenbina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data. Kaedah aplikasi member kebaikan kepada pelajar di mana, pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran computer sesuai dengan penggunaan computer dalam pekerjaan pada masa akan datang. Kekurangan kaedah aplikasi ialah, tanpa penerangan yang lengkap daripada guru yang mengajar dan dan juga pengawasan dari guru, pelajar mungkin gagal dalam pembelajaran. Kedua, pelajar yang terdiri dari pelbagai kecerdasan sukar disatukan dan yang terakhir masa pembelajaran sukar di kawal.

       Selain daripada itu, Kaedah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Audio Video, Conference dan laman web. Kelebihan kaedah komunikasi ini sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti kaedah yang lain. Kaedah komunikasi ini dapat memupuk sikap berinteraksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat yang terkini juga mudah di dapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain. Kekurangan kaedah komunikasi ialah. Pertama, apabila pelajar leka berkominikasi ini akan menyebabkan pelajar akan hilang perhatian di dalam P&P. mod komunikasi ini melibatkan kos P&P yang tinggi.